Pendahuluan
Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan bidang pendidikan . Kalau dulu, guru-guru terikat dengan buku teks dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk' tetapi kini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian atau menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK). Dalam pembinaan PPBK, seseorang guru perlu memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Griffith W. Williams, psikologi bermaksud satu cabang penyiasatan saintifik tentang tingkah laku. James O. Whittaker menyatakan bahawa psikologi adalah aktiviti atau sains tingkah laku khususnya tingkah laku manusia. Atan Long(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan , termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Ahli psikologi mungkin mengkaji tingkah laku secara saintifik, atau mereka mungkin menggunakan teori dan dapatan penyelidikan orang lain untuk masalah praktikal.
Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu. Terdapat beberapa model pengajaran yang dipraktikkan oleh guru-guru pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.
Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini.
Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini. Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal atau tidak formal. Manusia menggunakan derianya seperti mata, hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme, behaviourisme dan 'Multiple Choices'. Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat. Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam proses pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku manusia.
5.0.1 Teori Pembelajaran Kognitif
Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami. Ahli-ahli psikologi kognitif terdiri daripada Koffka, Kohler, Wertheimer Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Reigeluth dan Gagne berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran di mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat memori dan persepsi. Lokus pembelajaran menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan kapisiti dan kemahiran untuk belajar lebih baik. Rekabentuk dalam perisian PPBK adalah struktur kandungan aktiviti pembelajaran.
Mengikut teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif di mana otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses pembelajaran. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud bentuk, pola atau konfigurasi yang dipersepsi.Teori gestalt menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan latar dalam pengamatan manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya bergantung kepada salah satu aspek yang utama.
Contoh : Ilustrasi di bawah mengandungi gestalt dan latar. Apabila kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih), persepsi yang diperoleh ialah sebuah pasu bunga manakala jika perhatian ditumpu kepada latar (bahagian hitam) maka kita akan melihat sebagai dua muka orang.
Dua orang psikologi Jerman iaitu Kohler & Koffka menggunakan pendekatan kognitif bagi mengkaji bagaimana sesekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Cimpanzi telah cuba untuk mendapatkan pisang tersebut namun gagal. Cimpanzi tersebut telah menyusun kotak-kotak yang terdapat di sangkarnya dan akhirnya ia berjaya memperoleh pisang tersebut. Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, dalam hal ini cimpanzi yang cuba mendapatkan pisang. Inilah celik akal. Celik akal adalah kebolehan mental yang mendorong manusia membuat persepsi perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba untuk membantu diri menyelesaikan masalah.
Bruner(1973) mengemukakan Teori Pembentukan Konsep melalui proses pengkategorisasi perkara-perkara atau benda-benda yang mempunyai ciri-ciri yang sama.Konsep yang dinyatakan dikategori kepada tiga iaitu konsep konjuntif, konsep disjuntif dan konsep hubungan. Konsep konjuntif merujuk kepada konsep yang mempunyai dua atau beberapa atribut yang tergabung dan tidak dapat dipisahkan ataupun dikurangkan. Konsep disjuntif merujuk kepada atribut-atribut yang tergabung dalam konsep itu boleh digunakan dalam situasi ataupun situasi lain. Konsep hubungan pula merujuk kepada atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas di antara satu sama lain.
Mengikut Piaget (1977) mengariskan tiga konsep iaitu skema, asimilasi dan akomodasi yang dapat menjelaskan cara perkembangan mental terjadi.
Skema
Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Struktur mental berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan pembelajaran. Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses dan menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman. Skema sebagai struktur perkembangan kognitif berubah menerusi proses asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seorang pelajar mengintegerasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia ada. Proses ini melibatkan:
a) sesuatu organisma makan makanan,
b) hadam makanan itu, dan
c) asimilasikan atau tukarkan kepada bahan yang berguna kepada badan manusia.
Semasa pembelajaran, proses asimilasi berlaku hasil daripada interaksi pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan bertambahnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru dengan bantuan skema yang ada.
Akomodasi
Akomodasi merupakan proses untuk meminda/menambah skema yang ada atau menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil daripada pengalaman dan kerana itu bidang skema pelajar dewasa lebih luas daripada kanak-kanak. Seorang pelajar akan cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada apabila bertemu dengan konsep atau pengalaman baru. Jika proses asimilasi ini tidak secocok, dua kemungkinan boleh dilakukan.
1) pelajar boleh bina satu skema baru berasaskan rangsangan itu.
2) Skema yang ada boleh dipinda supaya rangsangan baru itu dapat disesuaikan.
Kedua-dua proses ini merupakan bentuk akomodasi.
Kesimpulan
Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat pembelajaran adalah perubahan pengetahuan yang disimpan dalam ingatan. Ingatan manusia terbahagi kepada dua ciri penting iaitu maklumat yang ada dalam ingatan akan tersusun dan aktif. Ingatan tidak menerima sebarang maklumat dengan begitu mudah sebaliknya ingatan akan membuat sintesis terhadap maklumat, membuat pencarian dan menyusunnya menjadi maklumat baru. Maklumat tadi disepadukan dengan pengetahuan serta disimpan dalam ingatan.
Menurut Bell Gradler (1986), ingatan yang aktif membuat sintesis melibatkan tiga proses iaitu pemerhatian (attention), mengekod (encoding) dan penemuan(retrieval). Pemerhatian merujuk kepada proses memilih maklumat yang diterima dari persekitaran. Mengekod merujuk kepada proses menterjemah maklumat ke bentuk yang bermakna yang mudah diingati. Manakala penemuan merujuk kepada proses mengenalpasti dan memanggil semula maklumat bagi tujuan tertentu. Oleh itu seseorang individu akan mudah memanggil semula maklumat dari ingatan dan menggunakannya di situasi tertentu secara efektif.
5.0.2 Teori Pembelajaran Konstruktivsme
Konstruktivisme adalah teori mengenai pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Tokoh-tokoh Konstruktivisme terdiri daripada Jean Piaget, Seymour Papert, Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey.
jean piaget seymour papert jerome bruner lev vygotsky john dewey
Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Tokoh-tokoh konstruktivisme melihat pembelajaran sebagai pembinaan mental. Pelajar belajar mencantum maklumat baru dengan maklumat lepas yang diketahui.
Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan aktif pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran di mana ianya relevan dan menarik. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman. Mengaitkannya dengan situasi baru, mencantum dan menambah maklumat baru dengan pembinaan intelektual sedia ada. Guru harus mengambil berat akan struktur kognitif sedia ada pelajar. Maklumat baru yang telah diolah akan disesuaikan dan menjadi sebahagian dari pelajar, maka kerangka baru ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
J. Bruner merupakan salah seorang tokoh teori pembelajaran konstruktivisme. Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajr memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian. Contoh struktur kognitif adalah skema dan model mental yang menyediakan makna dan mengatur pengalaman serta membenar individu pergi disebalik maklumat yang diberi. Kurikulum hendaklah diatur dalam bentuk spiral agar pelajar terus membina atas perkara-perkara yang telah dipelajari.
Bruner(1966) telah mengariskan bahawa terdapat empat aspek utama dalam teori pengajaran iaitu :
1. Keadaan mudah terpengaruh ke arah pengajaran (Predisposition towards learning) 2. Penstrukturan maklumat agar pelajar mudah mencapai maklumat tersebut. (The ways in which a body of knowledge can be structured so that it can be most readily grasped by the learner) 3. Susunan yang efektif untuk mempersembahkan bahan. (The most effective sequences in which to present material) 4. Secara semulajadi memberi ganjaran atau dendaan kepada pelajar. Kaedah terbaik bagi menstruktur maklumat seharusnya menghasilkan keputusan yang ringkas, generalisasi pernyataan baru dan meningkatkan manipulasi maklumat (The nature and pacing of rewards and punishments. Good methods for structuring knowledge should result in simplifying, generating new propositions, and increasing the manipulation of information)
5.0.3 Teori Pembelajaran Behaviorisme
Tokoh-tokoh yang telah memperkenalkan teori behavorisme terdiri daripada Psikologi(1920's - 1960's) Behaviorisme: sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku(observable behavior )
Ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. John Watson (1878 - 1958) John Watson: Tingkah laku berfikir tanpa rujukan tikus dan psikologi SR (Stimulus-Response) keatas penelitian fikiran psikologi sebagai sains, harus fokus ke atas keupayaan perhatian (observable behavior ) mental proses psikologi rangsangan pendorong ( Stimulus-Response psychology)
B.F. Skinner (1904 - 1990)
B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Teori Perlaziman Operan yang diperkenalkannya merumuskan pembelajaran manusia sebagai : sependapat dengan Watson,semua tingkah laku boleh dijelaskan dengan psikologi rangsangan pendorong. menitik beratkan peneguhan dan dendaan behaviorism berdasarkan akibat burung merpati(kajian tahun 1953) dan kotak Skinner Pembelajaran berlaku melalui perlaziman. Rangsangan bagi menggalakkan respon pelajar dengan peneguhan positif. Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini. Kejayaan dalam proses pembelajaran, Kejayaan dicapai melalui konsep diskriminasi.
Implikasi teori perlaziman operan ini adalah ianya mengutamakan ganjaran, insentif dan peneguhan sosial bagi memotivasi pelajar agar mengulangi tingkah laku yang diingini. Tanpa ganjaran, insentif dan peneguhan sosial maka tingkah laku tadi akan berhenti dan hilang dari diri pelajar. Ivan Petrovich Parlov(1902) mengkaji tindakbalas anjing, air liur anjing dan makanan asasnya Parlov membuat eksperimen psikologi untuk mengetahui bagaimana otak berfungsi. Parlov percaya bahawa tingkah laku manusia lebih komplek berbanding haiwan kerana manusia boleh berbahasa, dan ini dikenali sebagai 'second signal system'.
Thordike Membentuk tiga hukum iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum Kesediaan : pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi) berkesan. Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) -> tidak berkesan Hukum Latihan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan. Hukum Kesan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap Merumuskan bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya.
Kesimpulan
Fokus utama dalam teori pembelajaran behaviourisme adalah perspektif tingkah laku terhadap tingkah laku dan pengaruhnya terhadap persekitaran luaran dalam membentuk tingkah laku individu. Menurut Skinner, pengajaran bermaksud penyusunan sesuatu yang mungkin berlaku di mana pelajar belajar; pelajar belajar tanpa pengajaran, tetapi pengajaran menyediakan sesuatu yang istimewa mungkin berlaku (merujuk kepada keadaan persekitaran yang membentuk tingkah laku individu di mana ianya mempercepatkan pembelajaran.
http://oke.or.id/category/tutor/bahasa-inggris/
Motivasi Belajar dan Teori Kebutuhan (Maslow) Posted on Mei 15, 2008 by motivasibelajar
Motivasi Belajar dan Teori Kebutuhan (Maslow)
Sementara para ahli teori perilaku (Bandura, 1986 ; Skinner, 1953 ) berbicara perihal motivasi belajar untuk mendapatkan penguatan (reinforcement) dan menghindari hukuman (punishment), para ahli teori motivasi yang lain seperti Maslow, 1954, lebih menyukai konsep motivasi belajar untuk memenuhi kebutuhan. Beberapa kebutuhan dasar yang harus dipenuhi oleh kita semua adalah makanan, rasa aman, cinta, dan pemeliharaan harga diri positif. Manusia berbeda dalam tingkat pentingnya mereka menaruh perhatian terhadap tiap-tiap kebutuhan itu. Sebagian orang terus-menerus membutuhkan kepastian bahwa dirinya dicintai dan dihargai; sementara itu yang lain memiliki kebutuhan lebih besar untuk kenyamanan fisik dan rasa aman. Di samping itu, orang yang sama memiliki kebutuhan berbeda pada waktu yang berbeda; segelas air akan jauh lebih disukai saat ditawarkan setelah lari 5000 meter daripada saat ditawarkan setelah selesai makan makanan ringan.
Hierarki Kebutuhan Maslow
Karena manusia memiliki banyak kebutuhan, pada waktu tertentu kebutuhan manakah yang mereka coba untuk dipenuhi. Maslow mengemukakan hierarki atau tingkatan kebutuhan yang terdiri atas dua bagian utama yaitu: (1) kebutuhan dasar, berada pada hierarki paling bawah, berturut-turut terdiri dari (a) kebutuhan fisiologis; (b) kebutuhan akan rasa aman; ( lebih banyak dapat menjadi besar.c) kebutuhan untuk dicintai; (d) kebutuhan untuk dihargai ; dan (2) kebutuhan tumbuh, yang berada di atas kebutuhan dasar, berturut-turut dari bawah terdiri dari: (a) kebutuhan untuk mengetahui dan memahami; (b) kebutuhan keindahan; (c) kebutuhan aktualisasi diri.
Menurut teori kebutuhan Maslow, kebutuhan yang berada pada hierarki lebih paling bawah tidak harus dipenuhi sebagian sebelum seseorang akan mencoba untuk memiliki kebutuhan yang lebih tinggi tingkatannya. Sebagai misal seorang yang lapar atau seorang yang secara fisik dalam bahaya tidak begitu menghiraukan ntuk mempertahankan konsep diri positip (gambaran terhadap diri sendiri sebagai orang baik) dibandingkan untuk mendapatkan makanan atau keamanan; namun begitu, orang yang tidak lagi lapar atau tidak lagi dicekam rasa takut, kebutuhan akan harga diri menjadi penting.
Satu konsep penting yang diperkenalkan Maslow adalah perbedaan antara kebutuhan dasar dan kebutuhan tumbuh. Kebutuhan dasar (fisiologis, rasa aman, cinta, dan penghargaan) adalah kebutuhan yang penting untuk kebutuhan fisik dan psikologis; kebutuhan ini harus dipenuhi. Sekali kebutuhan ini dipenuhi, motivasi seseorang untuk memenuhi kebutuhan ini surut. Sebaliknya kebutuhan tumbuh, sebagai misal kebutuhan untuk mengetahui dan memahami sesuatu, menghargai keindahan, atau menumbuhkan dan mengembangkan apresiasi (penghargaan) dari orang lain, tidak pernah dapat dipenuhi seluruhnya. Dalam kenyataannya, semakin orang dapat memenuhi kebutuhan mereka untuk mengetahui dan memahami dunia di sekeliling mereka, motivasi belajar mereka dapat menjadi semakin besar dan kuat.
Kata kunci: teori kebutuhan, maslow, teori perilaku, bandura, skinner, kebutuhan, motivasi belajar, kebutuhan dasar, kebutuhan tumbuh, penguatan (reinforcement), hukuman (punisment)
BERHUBUNGAN:
5 konsep penting motivasi belajar
Motivasi belajar dan teori disonan kognitif dan implikasinya dalam pendidikan
Motivasi-definisi
Motivasi belajar dan teori perilaku bandura
Motivasi belajar, teori kebutuhan maslow, serta implikasinya dalam pendidikan
DIarsipkan di bawah: teori motivasi | Ditandai: bandura, hukuman (punishment), kebutuhan, kebutuhan dasar, kebutuhan tumbuh, maslow, motivasi belajar, penguatan (reinforcement), skinner, teori kebutuhan, teori perilaku « Motivasi Belajar—Definisi Motivasi Belajar, Teori Kebutuhan Maslow dan Aktualisasi Diri serta Implikasinya pada Pendidikan »http://motivasibelajar.wordpress.com/2008/05/15/post2/
|